Dituduh Ikut Cara Barat, Nurul Wahab "Sekolahkan" Pengikutnya Di Instagram !!!

loading...
Dituduh Ikut Cara Barat, Nurul Wahab “Sekolahkan” Pengikutnya Di Instagram !!! | Penyanyi Nurul Wahab tidak berang meskipun ditegur dengan keras oleh pengikutnya di laman Instagram (IG). Sebaliknya, Nurul mengambil sikap profesional apabila `menyekolahkan’ kembali pengikutnya itu dengan cara memberi tazkirah ringkas untuk memberikan kesedaran tentang bagaimana kaedah mahu menegur seseorang.
1
Memetik sumber FMT, berdasarkan tulisan pengikutnya yang menggunakan nama Rebecca Hussein, Nurul dituduh tidak membimbing suaminya yang merupakan saudara baru sebaliknya telah menjalani kehidupan keluarganya mengikut cara barat.
“U jer la cm org kafir kepala x bertutup…u kawin dgn saudara baru…tp x membimbing pun…anak pun dh 2,,hidup ala2 barat bukan org barat pun kan?? org Islam buat la cara Islam…” tulis Rebecca.
Bagaimanapun Nurul menjawab tulisan pengikutnya itu dengan cara yang lebih lembut;
“Iman kita bukan di pakaian..ye benar kalau bertutup aurat itu lebih mengikut kehendak Allah dan agama. Iman yang kita caring.
Amalan yang dikira. Sedekah jariah lebih utama.
“Ramai peminat saya yang lain juga menegur saya cara yang sebenarnya. Saya tidak terasa hati sebab saya belajar sesama Islam, perlu menegur sesama kita sebab dia akhirat kelak akan ditanya apa tanggungjawab kita sesama Islam,” tulis Nurul.
Menurut Nurul lagi, dosa yang dilakukan dengan Allah akan diampunkan kerana sifat tuhan itu yang maha pengampun dan penyayang.
Katanya, ada kaedah untuk menegur seseorang mengikut apa yang diajarkan oleh Islam dan bahasa yang digunakan haruslah melambangkan agama yang sederhana dan amat mudah.
“Mata banyak memandang, dari seagama dan juga yang luar dari agama kita. Kita mahu orng respect agama kita. Akak tak sempurna. Sesiapa pun tidak.
“Jadi sama2 kita jaga tutur bicara. Biar dipandang baik. Cukup2lh bangsa kita dipandang rendah, dan agama diburuk2kan. You know what i mean..Semoga Allah rahmati. Terima kasih,” ujarnya. via Amazing Nara.
loading...

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close