Dua artis lelaki tolak jemputan di bulan Ramadhan kerana mahu beribadat. Siapa tu ??

loading...

Ini baru dikatakan pentingkan keluarga dari segalanya, walaupun di bulan Ramadhan ini artis tempatan boleh buat banyak duit dengan terima tawaran.. Penyanyi Black Hanifah pula menolak sebarang jemputan program atau tawaran pada bulan puasa tahun ni..

Black nak tumpukan sepenuh perhatian kepada menunaikan ibadah dan meluangkan masa bukan saja bersama isteri dan anak-anak.. Tapi, dengan ibu bapanya dan keluarga mentua.. Semua tawaran di tolak selama sebulan sempena Ramadhan je, lepas habis Ramadhan Black akan kembali aktif dalam industri hiburan..

Black dah pun merakamkan lagu bertajuk ‘Anugerah Terindah’ dan akan kembali aktif merakamkan program-program untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ni.. Black memberi perhormatan di bulan yang mulia ini untuk tak terima sebarang tawaran nyanyian dan program..

Malah, kawan Black iaitu Hazama pun turut memilih untuk tak menerima tawaran menyertai program di bulan puasa ini.. Kalau Hazama akan terima tawaran dalam bentuk hiburan memang akan ditolak.. Kalau ada program seperti penyerahan bubur lambuk atau program ilmiah, Hazama akan pertimbangkan..

Artis lain berlumba-lumba menerima tawaran di bulan Ramadhan, dua penyanyi ini mengambil langkah untuk kurangkan aktiviti seni sebab nak memperbanyakkan amalan di bulan mulia..

Respect Miss A dengan kedua-dua artis ini, tak ada istilah dah tak sempat nak pergi terawih setiap malam kalau jadual kerja tak sibuk, betul tak? Kalau artis je tak boleh pergi terawih sebab jadual kerja padat.. Itu semua alasan artis tak nak pergi terawih..
loading...

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close